LAPORAN HARI PAMERAN KETERAMPILAN MEMBACA
BMK 3033- Keterampilan Membaca
Pensyarah: En Khairul Azam Bin Bahari
Assalamualaikum dan
Salam Sejahtera.
Blog ini dibina khas untuk memperkenalkan dan juga memuatkan ilmu-ilmu yang berkaitan khusus mengenai keterampilan membaca. Ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang terlibat khususnya pensyarah kami iaitu En. Khairul Azam Bin Bahari. Sekalung penghargaan juga kepada Perpustakaan Tunku Bainun kerana menyediakan bahan- bahan rujukan yang bermanfaat kepada kami.
Blog ini dibina khas untuk memperkenalkan dan juga memuatkan ilmu-ilmu yang berkaitan khusus mengenai keterampilan membaca. Ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang terlibat khususnya pensyarah kami iaitu En. Khairul Azam Bin Bahari. Sekalung penghargaan juga kepada Perpustakaan Tunku Bainun kerana menyediakan bahan- bahan rujukan yang bermanfaat kepada kami.
Ahli Kumpulan:
Wan Muahmad Salihin
Bukhari bin Salahudin D20141067606
Muhamad Hazwan bin
Ezani D20141067686
Muhamad Azul Fahami
bin Sapi D20141067695
Victoria Jane Ricky
D20141067700
Wilfred Henry Emang
D20141067606
Pada 10 Mei 2016 iaitu sebelum hari kejadian,
kumpulan kami telah melakukan persediaan awal di Bitarasiswa untuk menghias
sudut pameran kami. Kami mula berkumpul seawal pukul 3.00 petang untuk
melakukan kerja-kerja untuk menyediakan tapak karnival iaitu menyediakan meja
dan board. Pada mulanya, kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil untuk
pembahagian tugasan untuk memudahkan gerak kerja.
Persiapan yang dilakukan oleh kumpulan kami.
Persiapan awal kami bermula pada sebelah malam pula di mana kami
menghias meja pameran kami untuk persediaan hari esok. Kami memilih untuk
melakukan persediaan lebih awal untuk memudahkan pergerakan majlis pada
keesokan harinya. Kami mula berkumpul seawal pukul 8.00 malam untuk memulakan
gerak kerja dan berjaya menyempurnakannya pada pukul 12 malam.Setelah tiba di
tempat kernival, kumpulan kami mendapat masalah iaitu board untuk pameran kami
hilang. Kemungkinan besar kumpulan lain
telah mengambilnya. Kesannya, proses
untuk menyiapkan pameran untuk bahan kami tergendala. Namun, masalah tersebut bukan halangan kami
untuk meneruskan pameran itu. Setelah
itu, kami pulang untuk menanti hari esok.
Persiapan alat bantu mengajar(ABM)
Seterusnya, pada jam 8.00 pagi kami semua ahli yang kumpulan yang
terlibat dalam hari pameran BMK ini mula berkumpul di dalam dewan Bitara Siswa,
Kampus Sultan Abdul Jalil. Pada ketika itu kami kami telah berusaha
menyiapkan dengan sempurna ruang pameran kami sehingga jam 9 pagi sementara
menunggu kehadiran pelajar dari Sekolah Kebangsaan Proton City, Tanjong Malim.
Selepas jam 9.00 pagi, pelajar-pelajar dari sekolah berkenaan mula memasuki
dewan Bitara Siswa dan berkumpul di dalam dewan tersebut. Sekitar jam 9.30 mereka
telah datang melawat setiap ruang pameran dari satu tempat ke satu tempat
sehingga ke ruang pameran kami.
Ada juga dalam kalangan pelajar sekolah berkenaan yang datang melawat ruang pameran kami telah mencuba dengan ujian yang telah diberikan oleh kami. Kami telah memberi beberapa ujian berkenaan dengan apa yang kami pamerkan. Antaranya menyuruh pelajar menjawab soalan iaitu perkataan yang berbeza dari huruf yang sama seperti yang dipamerkan oleh kami. Ada juga dalam kalangan pelajar yang dapat menjawab soialan yang dikemukakan oleh kami dengan baik. Lantaran para pelajar tersebut dapat menjawab soalan kami, mereka telah diberikan hadiah sebagai tanda penghargaan dan tahniah kepada mereka kerana telah dapat menjawab soalan dengan baik
.
Bersama dengan pelajar sekolah Kebangsaan Proton City.
Pada jam 10.00 pagi, telah berlaku upacara
merasmikan hari pameran BMK ini. Majlis ini dimulakan dengan nyanyian Negaraku
dan Ibu Kandung Suluh Budiman. Selepas itu, majlis ini diteruskan dengan bacaan
doa. Selepas bacaan doa, kata-kata aluan diberikan oleh pengerusi majlis.
Kemudian, majlis tersebut telah dirasmikan oleh Ketua Fakulti Bahasa dan
Komunikasi.
Tepat jam 11.00 pagi, telah bermulanya lawatan oleh para pensyarah untuk
membuat penilaian setiap pameran dan ia berlanjutan sehingga pukul 12.30 tengah
hari. Kumpulan kami juga turut menerima lawatan dari para pensyarah yang
membuat penilaian untuk diberikan terhadap pameran yang telah dilakukan kami.
Pensyarah yang membuat penilain juga telah menanyakan beberapa soalan mengenai
apa yang kami pamerkan. Soalan-soalan yang ditanya oleh para pensyarah yang
membuat penilaian telah dijawab dengan baik oleh kumpulan kami.
Sekitar jam 12.30, telah
berlangsung majlis pengisytiharan kumpulan yang memenangi dalam hari pameran
tersebut. Terdapat tiga kumpulan yang telah berjaya memenangi memenangi dan
juga telah mendapat hadiah dari pihak penganjur. Selepas majlis penyampaian
hadiah kepada kumpulan pemenang itu tamat, kami mula pulang ke ruang pameran
kami. Kami juga telah bersiap sedia untuk mengemas barang-barang dan pameran
kami kerana majlis ini sudah tiba ke penamatnya. Setelah selesai mengemas
barang, kami diberikan makanan yang disediakan. Selepas itu, majlis hari
pameran tersebut telah tamat pada jam 1.00 petang, kami pulang kediaman
masing-masing.
GAMBAR SEPANJANG AKTIVITI
Kertas kerja boleh dilihat melalui link diberikan :-
Sekian, terima kasih.




























No comments:
Post a Comment